Cretive Entrepreneurial Exposure (C2E)



       Sekumpulan pelajar pengkhususan Multimedia dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan satu lawatan  secara rasmi ke beberapa lokasi di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Seramai 31 orang yang terlibat dalam lawatan ini iaitu 25 orang adalah pelajar-pelajar tahun 2, empat orang pelajar-pelajar  tahun 4 dan 2 orang pengiring yang berjawatan sebagai tenaga pengajar di UMK. Sesuai dengan kursus Animasi Dua dan Tiga Dimensi yang didaftar di UMK, kumpulan kami memilih untuk melawat ke tempat-tempat yang berkaitan dengannya. Objektif utama lawatan adalah menyelami akan dunia animasi di alam pekerjaan dan di insitusi yang berkaitan dengannya. Antara tempat-tempat yang kami lawati adalah Silver Ant, Animasia Studio, Elite Animation, Animasia Studio, Mdec, dan UniKL.


           Antara tujuan lain lawatan diadakan adalah bertujuan mendapatkan ilmu dan pengalaman yang lebih meluas tentang pembelajaran yang berkaitan. Pendedahan prospek pekerjaan yang lebih jelas dapat diperolehi. Tambahan lagi pihak universiti   juga menggalakkan pelajarnya mengadakan sebarang program di luar kawasan universiti. Peluang ini digunakan oleh kumpulan kami Sck2_M . Dalam masa yang sama lawatan ini mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli kumpulan. Tenaga pengajar juga menggalakkan supaya lawatan ini perlu dibuat akan laporan perjalanan yang mana dapat memenuhi tugasan projek animasi 2D dan 3D dan yang terakhir rangkaian  kerjasama diantara pelajar elektif multimedia melalui tempat yang dilawati dapat diwujudkan. Ini bermakna berkenaan dengan sebarang urusan boleh dibuat lagi antara pihak universiti dan institusi yang berkaitan.




        Lawatan ini diadakan selama 4 hari sahaja bermula tarikh 9.2.2011 iaitu hari Rabu sehinggalah 12.02.2011 iaitu hari Sabtu. Kami bertolak pada hari Rabu ke Kolej  Kediaman Universiti Teknologi Malaysia iaitu tempat penginapan kami sepanjang lawatan diadakan. Bermula pada hari Khamis tempat lawatan pertama kumpulan kami ialah di Elite Animation  Sdn. Bhd. Syarikat ini terletak di alamat No 28-1, Jalan Jasmin 1/Ks6, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.  Syarikat ini menghasilkan pengeluaran visual audio khususnya dalam filem dan siri –siri animasi terutamanya produk animasi 3D.


Selain itu, penubuhan adalah untuk memberi sumbangan penuh dalam membangunkan Bumiputera Production dan menghasilkan kualiti 3D yang terbaik di Malaysia seterusnya di pasaran antarabangsa. Walaupun syarikat ini masih baru dalam industri, mereka telah berjaya mencipta nama setanding dengan syarikat animasi yang lain di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.





 Antara kejayaan mereka ialah mencipta  produk animasi yang telah menjadi pilihan bagi siaran TV Pendidikan dan RTM. Animasi yang sadah terdapat di pasaran adalah animasi 3D iaitu Ramadhan Mat Jo, Chellup, Empayar Melaka dan Wonderful World Of Science With Ariff And Mira.
Tempat lawatan kami yang kedua pula adalah di Silver Ant . Di silver ant, kami telah disambut oleh salah seorang animator disana dan beliau telah membawa kami meneroka silver ant dan memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan maklumat tentang silver ant. Banyak maklumat yang telah kami terima daripada agensi tersebut.Silver Ant merupakan satu agensi yang sangat istimewa dan hebat dengan suasana yang dihidupkan dalam persekitaran tempat mereka. Banyak perkara yang membawa kepada kejayaannya sehingga sekarang ini.
              Silver ant lahir apabila munculnya kesedaran tentang keupayaan  'animasi' yang dilahirkan dengan satu kegemaran, keinginan dan kerinduan untuk 'letakkan sesuatu  menjadi gerakan'  impian mereka, khayalan-khayalan dan emosi-emosi. Dari kesedaran itulah lahirnya Silver ant, Mereka sedar bahawa melalui animasi mereka boleh meluahkan apa sahaja emosi, kegemaran, keinginan, kerinduan dan khayalan-khayalan mereka.
Di  Silver Ant, mereka  diberi kebebasan untuk menerokai  dan pemerintahan penuh mengkonsepsikan kreativiti ke dalam bentuk animasi. Di silver ant tiada apa yang dapat  menahan mereka daripada berimaginasi  malahan, semua kakitangan sangat  digalakkan mewujudkan sesuatu karakter animasi  berdasarkan karenah-karenah, khayalan, kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan kita. Mereka berpendapat  “Kita semua buruh dengan dedikasi dan cinta , dan masa ialah tidak pernah satu inti. “
Kejayaan kreativiti  yang dicapai oleh Silver ant dapat dilihat melalui maklum balas yang  memberangsangkan daripda pelanggan-pelanggan mereka yang terdiri daripada luar dan dalam negara dan juga tugasan-tugasan berbagai-bagai yang telah diberikan membuktikan bahawa silver ant semakin berjaya .
Siver ant  bertapak dengan bermula  dari membuat iklan-iklan TV untuk permainan video, permainan cinematics, filem pendek, treler wayang gambar dan seterusnya memberi focus kepada  filem-filem animasi sempurna. Animasi ialah satu bentuk seni yang tidak lengkap dalam semua kawasan yang dibangunkan.
Mengikut profit yang diberi, kami dapat mengetahui tentang silver ant dengan lebih terperinci.Pada tahun 1999:  Pengarah Animasi, Mr. Goh Aun Hoe telah menceburi sendiri bidang animasi ini. selepas lima tahun belian berkhidmat dengan Fat Lizard Studio untuk menubuhkan Silver Ant. Pada awal penubuhan Silver ant  Mr.Goh Aun Hoe telah berkerja sendiri dimana, beliau telah memegang 3 jawatan dalam satu masa iaitu sebagai CG Artists, Editor, Producer dan Accounts Director. Pada awalnya, beliau menanggung sendiri pembiayaan dan ini, memberi beliau dan pasukannya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada cabaran untuk mengeluarkan kerja yangb bermutu dan memberi kepuasan kepada pelanggan mereka.
Pada tahun 2001: Mr. Goh Aun Hoe dan pasukannya memperluaskan bidang tugas mereka dengan mencipta filem pendek pertama ‘Seafood’ untuk terus menguatkan portfolio syarikat. Ini juga menjurus keperluan tidak dapat dielakkan mengambil satu beberapa lagi CG Artists.
Pada tahun 2002: Silver Ant mula melebarkan sayapnya ke luar Negara ditambah opula dengan hubungan baiknya dengan sebuah studio animasi yang terkenal di Jepun. Silver ant telah mengikat kontrak dengan pelaggan dari Amerika untuk menghasilkan permainan cinematic.
Pada tahun 2003: Silver Ant mula menghasilkan ‘in-games grafic’ iaitu teknologi permainan yang merupakan konsep baru dalam animasi yang sesuai dengan pasaran Malaysia. Filem kedua pendek yang dihasilkan oleh Silver ant iaitu Bellman yang memaparkan model dan kesan dalam filem.
Pada tahun 2004: Silver ant tidak dapat lari untuk membuat permainan untuk pelanggan mereka. Senarai pelanggan games mereka sekarang ialah software,Nintendo, sega, sony entertainment, dan pachinko. Silver ant kearah melengkapkan objektif bentuk seninya juga melengkapkan perkembangan pelanggannya dengan menggunakan perkerja yang mahir memiliki kemahiran dalam bidang masing-masing. Contohnya, Silver Ant berjaya meyakinkan Nintendo menerokai satu konsepsi baru iaitu menjadi perintis dalam 3D cinematics untuk permainan video Super Mario Brothers. Ini menjurus pelancaran Mario Gold Toadstool Tour. Nintendo berpuas dengan cara animasi 3D dihidupkan dengan personaliti-personaliti Group of Characters Mario.
Pada tahun 2005: Silver ant telah mengubah suai banggunan dan juga menambah tenaga kerja iaitu seramai 30 orang. Silver ant telah diberi kontrak oleh Malaysia Multimedia Development Corporation (MDEC) untuk menghasilkan treller untuk siri animasi ‘Saladdin’.
Pada tahun 2006: Italy Animation Studio pencipta siri animasi televisyen popular sedang mencari rakan kongsi untuk menghasilkan sebuah filem animasi berdasarkan watak yang terdapat dalam siri mereka.Seluruh lembaga animasi dijemput untuk mengambil bahagian untuk mendaftar watak khayalan mereka. Silver ant telah mengambil peluang ini dalam masa yang singkat menghadapi cabaran dalam masa 20 hari untuk menghasilkan cirri-ciri animasi pangjang dan ia memenuhi stardard tinggi yang telah ditetapkan oleh Italy animation studio. Sekali lagi Silver ant telah berjaya mengunggulI arena animasi.

Pada tahun 2007:  Stadium astro di Malaysia telah hangat diperkata dari segi ketelitian,kualiti, suasana, arahan seni dan pergerakan. Stadium astro telah memberi kesan yang mendalam kepada penonton dan kepuasan kepada pelanggan.
Pada tahun 2008 : Silver ant telah menyahut cabaran baru daripada menghasilkan filem animasi pendek kepada filem animasi panjang iaitu seefood. Silver ant juga telah diberi kontrak untuk menghasilkan stadium astro 2 berdasarkan kejayaan yang telah diperolehi di dalam stadium astro pada tahun  sebelumnya. Silver ant gtelah merangkul kejayan lain terutamanya daripada bidang permainan cinematic ini kerana berdasarkan kebolehan Silver ant dalam menghidupkan produk mereka dan syarikat mereka mampu menyampaikan mesej realistik dan tepat sesuai dengan visi dan misi syarikat mereka.


Pada hari ketiga,kumpulan kami melawat pula sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat iaitulah Perbadanan Kemajuan Multimedia  atau  Multimedia Development Corporation (MDEC). Lokasi ini adalah tempat yang ketiga dalam lawatan kami. MDEC merupakan  sebuah istitusi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.
MSC Malaysia adalah Multimedia Development Corporation (MDeC), sebuah 'institusi satu bumbung' yang bertenaga tinggi terfokus bagi memastikan kejayaan dari MSC Malaysia dan syarikat yang beroperasi di dalamnya.


MDeC tergabung di bawah Companies Act Malaysia, dan boleh dimiliki dan dibiayai oleh Kerajaan. MDeC menggabungkan keusahawanan kecekapan dan keberkesanan sebuah syarikat swasta dengan kuasa turun keputusan dari instansi pemerintah bertenaga tinggi.
Kehebatan MDeC adalah untuk memberikan nasihat kepada Kerajaan Malaysia dari segi undang-undang dan dasar, mengembangkan amalan MSC Malaysia-khusus, dan menetapkan tahap pengkhususan untuk operasi multimedia. Selain itu, mempromosikan MSC Malaysia secara tempatan dan global, serta menyokong syarikat yang mencari dan terletak di dalam MSC Malaysia.

MDeC juga berperanan untuk memastikan MSC Malaysia adalah sebagai sebuah syarikat yang terbaik di dunia untuk memanfaatkan potensi penuh daripada ICT. MDeC adalah juara, fasilitator dan rakan serta juara bermanfaat dalam MSC Malaysia, memudahkan kemasukan syarikat dan rakan kongsi dengan kerajaan dan juga sektor swasta dalam mewujudkan visi dan kesempatan.
MDeC juga akan memastikan bahawa syarikat yang berminat dalam memasuki MSC Malaysia memiliki apa yang mereka perlukan dan memperolehi apa yang diinginkan. MDeC memberi jaminan selama 30 hari untuk aplikasi, dan syarikat pelatih akan melalui proses aplikasi. Sebagai lembaga, prestasi berorientasikan pelanggan, MDeC juga membantu dalam percepatan kelulusan permit dan lesen, dan memperkenalkan syarikat kepada rakan tempatan yang berpotensi dan boleh dijadikan sebagai pemodal.
Syarikat yang ingin menyertai dalam Koridor ini tidak perlu mencari di tempat lain. Aplikasi bermula dan berakhir di sini. MDeC bersedia untuk bekerja dengan pelabur asing dan tempatan, besar atau kecil, untuk memastikan bahawa MSC Malaysia memenuhi janji-janjinya.
(gambar org mdec ceramah)
Pengalaman dan pembelajaran samaada secara langsung atau tidak langsung di jabatan itu akan kami amalkan dengan kemampuan diri masing-masing agar kemajuan teknologi ini terus berkembang maju.

(unikl)
Lawatan seterusnya merupakan destinasi yang terakhir tempat akedemik iaitu Universiti Kuala Lumpur di Kampus Utama ( Main Campus UniKL) UniKL . University kuala lumpur atau UNIKL merupakan salah satu antara universiti swasta yang terkemuka. Hal ini kerana, universiti ini telah banyak melahirkan graduan yang bermutu tinggi bersesuaian dengan permintaan semasa. Selain itu,Universiti Kuala Lumpur mempunyai 11 buah kampus di seluruh Malaysia sebagai contoh di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Perak, Kedah dan Johor. Di mana setiap satu kampus akan mewakili satu pengkhususan kos. Hal ini menyebabkan universiti ini menjadi perhatian kepada banyak pihak.
Sebelumnya dikenali sebagai Institut Infotech MARA Kuala Lumpur, Malaysia Institut Teknologi Maklumat (MIIT) merupakan antara kampus universiti yang terawal dalam memberi pendidikan dalam bidang IT sejak tahun 1982 lagi. Bermula dari hanya sebagai Electronic Data Processing (EDP) Sekolah MARA sehingga kini telah menjadikan antara  sebuah universiti yang terunggul di Malaysia. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk melatih pelajar Bumiputera dalam pengaturcaraan komputer. Sekolah EDP adalah pertama diluluskan pusat latihan luaran dari National Computing Centre (NCC) dari Inggeris. Program sijil tahap awal adalah platform yang sangat baik untuk pembangunan program-program diploma tersebut. Dalam dua dekad pertumbuhan, empat jenis ijazah dibangunkan untuk memenuhi kepentingan yang berbeza daripada pelajar dalam pelbagai bidang Teknologi Maklumat.

Pada masa kini, MIIT menawarkan kursus ijazah dan diploma dalam Teknologi Maklumat, Multimedia, Rangkaian Komputer dan Animasi. Kredibiliti program MIIT terbukti dengan tahap menggaji lulusan yang tinggi dan prestasi pelajar di kebangsaan dan pertandingan antarabangsa TI. Peningkatan kemampuan MIIT sebagai kampus cawangan Universiti Kuala Lumpur pada 1 September 2003 memang akan memberikan dorongan lebih besar untuk mencapai tujuannya menghasilkan teknokrat TI terbaik di dunia.

Kami disambut oleh Encik Rafidei Bin Mohamad selaku wakil daripada UniKL yang mana beliau adalah pensyarah di UniKL. Beliau juga adalah pensyarah sambilan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selaku pensyarah bagi subjek CMT 2103 Animasi 2 &3 Dimensi.
Rombongan kami iaitu pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) tahun 2 pengkhususan Multimedia (SCK2_ M) ke unikl  adalah atas dasar rombongan sambil belajar dan tugasan yang perlu dilaksanakan kerana akan diberi penilaian di akhir  sem nanti. Unikl ialah sebuah universiti dan tempat belajar seperti mana UMK . Rombongan kami ke sana adalah untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat sendiri persekitaran pelajaran  yang merupakan tempat belajar animasi secara detail.
Ketika di sana kami dibawa melawat rungan-rungan khas yang digunakan bagi menempatkan hasil-hasil karya pelajar mereka iaitu Labourry-Ofline ( Pusat Post Production (LAB) ) DAN VTR Room. Selain itu, Kami juga dibawa melawati bilik kuliah dan makmal komputer di tingkat 11. Tempat pengajaran dan pembelajaran di sana lengkap dengan alatannya dan persekitarannya juga sangat selesa. Di setiap makmal juga terdapat perisian (software) yang berbeza-beza bagi kemudahan pelajar. Antara software yang digunakan ialah maya, 3D Studio Max dan banyak lagi. Bilik – bilik pensayarah dan juga persekitaran dalam bangunan UniKL juga turut di kunjungi .Di akhir  lawatan, kami bergambar didepan laluan masuk bangunan UniKL. Sebagai tanda penghargaan  En. Tarmizi memberikan cenderahati kepada En. Rafidei
Lawatan kumpulan kami ke Kuala Lumpur dan Selangor banyak memberi pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman baru kepada kami. Selain tempat-tempat rasmi yang dilawati kami juga ada melawat tempat yang lain seperti Pusat Sains Negara dan Petrol Sains. Pendedahan berkenaan dunia multimedia di pasaran terus dihayati dan diamati oleh kumpulan kami yang mengambil jurusan Teknologi Kreatif elektif Multimedia ini. Harapan kami tinggi untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berdepan dengan dunia semasa dan dalam masa yang sama akan menaikkan nama negara dengan kadar kemampuan yang ada dalam bidang yang diceburi ini. Pada hari keempat pula, kami bertolak dari kawasan lawatan untuk pulang ke Universiti Malaysia Kelantan dengan kepenatan dan ditambahkan lagi dengan kepuasan hati di atas apa yang diperoleh samaada dalam bentuk ilmu atau pengalaman dalam lawatan tersebut.